Popular Posts

Resepi Lodeh Versi Dynas

Asalamualaikum dan hai semua..jumpa lagi kita di entry terbaru dynas.. Sebelum tu , dynas nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang meraikannya.. Masih belum terlambatkan ?? hikhik.. 


Actually , saya suka memasak dan suka cuba resepi yang baru lebih-lebih lagi semasa hari raya ni. 

Memandangkan suami dynas berasal dari negeri Johor, so dynas pun rasa dynas perlu tahu masakan negeri Johor ni. 

Salah satu yang dynas nak masak adalah LODEH.. Siapa pernah rasa memang lodeh ni sedap sangat dan sangat berlemak itu yang membuatkannya lebih sedap dan lazat..nyum nyum.. 


Jom kita tengok resepi LODEH yang dynas masak.. Actually resepi ni dynas buat mengikut bahan-bahan mentah yang ada dan mudah diperolehi.


         RESEPI LODEH VERSI DYNAS 

Bahan yang dikisar

1. 2 batang serai 
2. 2 inci Lengkuas 
3. segenggam udang kering 
4. 3 biji bawang putih
5. 1 biji bawang besar

Bahan - bahan mentah

1. Sayur kubis di potong 
2. Buah lobak di potong kecil-kecil
3. Kacang panjang di potong kecil-kecil.
4. Tempe - dipotong kiub
5. Tauhu kering - di potong kecil dan direndam
6. Soon dipotong kecil (tidak perlu rendam )
7. Santan - 1kotak (ikut keperluan)
8. Serbuk kunyit 
9. Perasa sambal bilis ( 3 kiub)
10. Air secukupnya
11. Telur rebus 3 biji dipotong kecil

(Bahan yang boleh dicampur Tauhu lembut & sengkuang - saya tak minat makan ni so saya xtaruh hehe)

*Ada sesetengah orang yang campurkan ajinomoto dan garam tapi bagi saya perasa sambal bilis sudah memdai rasanya.


                                           CARA MASAKAN


1. Masukkan air didalam periuk dan masukkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.. Masak sehingga wangi.

2. Apabila mendidih, masukkan buah lobak sehingga lembut , kemudian tempe dan tauhu kering sehingga empuk.

3. Masukkan kubis dan sayur kacang tadi sehingga masak. 
4. Masukkan santan dan didihkan sehingga pecah lemak.
5. Masukkan serbuk kunyit dan 3 kiub perasa sambal bilis tadi.
6. Masukkan soon sehingga lembut dan tutup api.
7. Masukkan telur rebus yang telah di potong kecil dan gaul. 

Ok siap.. Ringkas sahaja kan.. Hidangan ini boleh dihidangkan bersama nasi impit.


tadaaaa...... Alamak ini ja gambar yang dynas sempat snap masa buat LODEH hari tu.. jangan marah yer...
Resepi lodeh versi dynas

Oklah dah selesai resepi LODEH versi dynas yang agak ringkas ni.. Orang Johor jangan marah yer sebab dynas hanya mencuba.. Terima kasih kerana singgah ke blog dynas.. Nnati ada masa dynas Share resepi lain pula :)