Popular Posts

Resepi Lodeh Versi Dynas

Asalamualaikum dan hai semua..jumpa lagi kita di entry terbaru dynas.. Sebelum tu , dynas nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua yang meraikannya.. Masih belum terlambatkan ?? hikhik.. 


Actually , saya suka memasak dan suka cuba resepi yang baru lebih-lebih lagi semasa hari raya ni. 

Memandangkan suami dynas berasal dari negeri Johor, so dynas pun rasa dynas perlu tahu masakan negeri Johor ni. 

Salah satu yang dynas nak masak adalah LODEH.. Siapa pernah rasa memang lodeh ni sedap sangat dan sangat berlemak itu yang membuatkannya lebih sedap dan lazat..nyum nyum.. 


Jom kita tengok resepi LODEH yang dynas masak.. Actually resepi ni dynas buat mengikut bahan-bahan mentah yang ada dan mudah diperolehi.


         RESEPI LODEH VERSI DYNAS 

Bahan yang dikisar

1. 2 batang serai 
2. 2 inci Lengkuas 
3. segenggam udang kering 
4. 3 biji bawang putih
5. 1 biji bawang besar

Bahan - bahan mentah

1. Sayur kubis di potong 
2. Buah lobak di potong kecil-kecil
3. Kacang panjang di potong kecil-kecil.
4. Tempe - dipotong kiub
5. Tauhu kering - di potong kecil dan direndam
6. Soon dipotong kecil (tidak perlu rendam )
7. Santan - 1kotak (ikut keperluan)
8. Serbuk kunyit 
9. Perasa sambal bilis ( 3 kiub)
10. Air secukupnya
11. Telur rebus 3 biji dipotong kecil

(Bahan yang boleh dicampur Tauhu lembut & sengkuang - saya tak minat makan ni so saya xtaruh hehe)

*Ada sesetengah orang yang campurkan ajinomoto dan garam tapi bagi saya perasa sambal bilis sudah memdai rasanya.


                                           CARA MASAKAN


1. Masukkan air didalam periuk dan masukkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.. Masak sehingga wangi.

2. Apabila mendidih, masukkan buah lobak sehingga lembut , kemudian tempe dan tauhu kering sehingga empuk.

3. Masukkan kubis dan sayur kacang tadi sehingga masak. 
4. Masukkan santan dan didihkan sehingga pecah lemak.
5. Masukkan serbuk kunyit dan 3 kiub perasa sambal bilis tadi.
6. Masukkan soon sehingga lembut dan tutup api.
7. Masukkan telur rebus yang telah di potong kecil dan gaul. 

Ok siap.. Ringkas sahaja kan.. Hidangan ini boleh dihidangkan bersama nasi impit.


tadaaaa...... Alamak ini ja gambar yang dynas sempat snap masa buat LODEH hari tu.. jangan marah yer...
Resepi lodeh versi dynas

Oklah dah selesai resepi LODEH versi dynas yang agak ringkas ni.. Orang Johor jangan marah yer sebab dynas hanya mencuba.. Terima kasih kerana singgah ke blog dynas.. Nnati ada masa dynas Share resepi lain pula :)


TIPS MEMILIH PRODUK YANG SELAMAT

Zaman sekarang pelbagai  jualan produk dan Suplemen tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Kebanyakkannya adalah terdiri daripada produk kecantikan , kesihatan ,penjagaan rumah dan produk untuk menyembuhkan pelbagai penyakit tidak kira penyakit kronik atau tidak.

Ramai yang mengambil suplemen-suplemen ini kerana tertarik dengan iklan yang menggoda dan menarik perhatian.

Tapi tahukah anda, adakah produk yang anda ambil itu adalah betul dan selamat???


TIPS MEMILIH PRODUK YANG SELAMAT


1. Sijil HALAL daripada JAKIM

  • Untuk memastikan produk itu adalah dari sumber yang halal dan selamat digunakan terutama bagi pengguna beragama islam, anda perlu memastikan terdapat sijil HALAL yang di sahkan oleh JAKIM.

SIJIL HALAL JAKIM




2. Disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Untuk pengetahuan semua, sebelum produk perlu didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi racun serta bahan-bahan terlarang. Setiap botol atau pek  mempunyai nombor pendaftaran KKM, MAL (contohnya MAL2015646) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya.

Hologram Meditags





3. Label dan kandungan Produk

  • Pastikan produk mengandungi bahan-bahan yang tidak berbahaya seperti mengandungi merkuri,
  • Tidak mengandungi toksin serta mengandungi dadah.Rujuk pada label dibahagian pek atau botol untuk mengandungi kandungan didalam produk tersebut.


KANDUNGAN DALAM PRODUK



4. Kajian ke atas produk

  • Pastikan terdapat kajian yang pernah dilakukan ke atas produk tersebut dan bukti kajian itu bahawa produk itu berkesan dan selamat digunakan. 
  • Ia lebih baik jika kajian dilakukan adalah ke atas manusia bukan haiwan.
  • Kajian yang dilakukan oleh pihak ke 3 selalunya lebih telus dan adil serta tidak berpihak pada mana-mana produk.


5. Reputasi Syarikat

  • Selalunya  Syarikat yang telah lama dan kukuh, lebih menunjukkan produk mereka berkualiti dan mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM. 


Oleh itu, sebelum menggunakan apa-apa produk anda perlu mengambil tahu tentang perkara ini untuk memastikan ianya selamat dan berkesan untuk digunakan.



DYNAS

011- 266 93906

VIVIX TOP 1 : Manfaat VIVIX SHAKLEE


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua yang sudi singgah ke blog saya.. Seperti yang saya beritahu di entri sebelum ini saya akan beritahu tentang keistimewaan Top 10 Shaklee Best sellers ..


Harini saya mau cerita sikit tentang VIVIX SHAKLEE. VIVIX ni merupakan Top 1 antara banyak-banyak suplemen Shaklee .. Mesti semua ingin tahukan kenapa VIVIX pula yang menjadi 'Killing product'..

Haa gambar dibawah nilah rupa Vivix.. Vivix berbentuk cecair berwarna merah seperti sirap dan sangat pekat. Rasanya sangat sedap seperti rasa anggur.

Vivix Shaklee


Jom kita ketahui apa yang ada disebalik Vivix ni..

Vivix ni mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui didalam Resveratrol. 

Yang bestnya, resveratrol didalam Vivix ni 10 kali ganda lebih efektif dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.






Kandungan vivix Shaklee


Ini dia kandungan yang terdapat dalam Vivix. Semuanya terdiri daripada buah-buahan kan sebab tu dikatakan ianya daripada sumber semulajadi.

1. Anggur Muscadine :

 Anggur ni satu-satunya anggur yang ada lebih 1 kromosom dan dengan itu ahli sains telah menguatkan kandungan polifenol didalamya untuk kesihatan.

Ia mengandungi asid asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi.
Didalam anggur jenis lain , tidak ada phytonutrien yang menunjukkan ciri-ciri dalam menghentikan kimia penyebab kanser , anti virus dan antibakteria. 

2. Lobak Ungu 

Mengandungi sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids , phenolics , polycetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes.

Terdapat juga kandungan anthocyanins yang bertanggungjawab pada warna merah menyala, biru, ungu pada buah dan sayuran seperti buah berry.

Antocyanins adalah sumber antioksidan yang tinggi dan terkini anthocyanins menujukkan banyak aktiviti sperti anti oksidan, ant radang , anti mikrobial dan anti carcinogen.


3. Elderberry (Sambuscus Nigra) 

Berry mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat serta mampu mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria seperti selesema, jangkitan yeast, sesak hidung dan dada serta influenza.

Elderberry juga mengandungi Vitamin A,B ,C dan nutrien seperti asid amino , asid, carotenoid tannin dan rutin. 

Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit jantung, menurunkan paras kolesterol dan baik untuk penglihatan.

4. Polygonum Cuspidatum 

Dikenali sebagai knotweed Jepun. 
Mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kerana seperti melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah , meninggikan prestasi atlet dan mengurrangkan berat badan.




VIVIX

Apa manfaat yang boleh dapat dari VIVIX Shaklee ni..


1.Menggalakkan penuaan secara sihat
2.Mencegah kanser
3.Mengurangkan risiko penyakit jantung
4.Mengurangkan komplikasi kencing manis
5.Meningkatkan kesihatan arthritis dan sendi
6.Mencegah daripada penyakit nyanyuk kerana kurangnya Protin AGE
7.Menggalakkan kehilangan berat badan
8.Meningkatkan sistem imun dalam badan 
9.Menyokong kesihatan mata kerana tinggi vitamin A
10.Menggalakkan kesihatan yang menyeluruh


Kenapa Vivix ni perlu untuk kita amalkan ?...


1.    Kerosakan DNA

  •       Setiap hari sel tubuh kita akan diserang oleh radikal-radikal bebas sehingga merosakkan DNA.
  • Serangan ini menganggu fungsi sel didalam badan menyebabkan mempercepatkan proses kerosakan sel dan menyebabkan penuaan.

2. Elak serangan penyakit

  • Di dalam Vivix bermacam khasiat yang kita akan dapat seperti meningkatkan imun badan.

2.     Awet muda


  •    Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang membantu melambatkan penuaan

3.     Memberi tenaga


  •   Vivix menghasilkan mitokondria yang membantu dalam meningkatkan tahap tenaga dalam sel.



Tindakan Vivix dalam mekanisma Vivix

1. Mempertahankan DNA (DEFENSE)
2. Memberikan tenaga DNA (ENERGY)
3. Memulihkan DNA (REPAIR)
4. Meningkatkan DNA (Performance)


4 Mekanisma  penuaan pada tahap sellular

1. Kerosakan DNA
2. Pengawalan genetik
3. Tenaga daripada sel yang semakin berkurang
4. Penimbunan Protin AGE




Mari kita tengok antara testimoni pengguna  Vivix 






so, dah tau la kan kenapa VIVIX ni TOP 1 dalam 'Shaklee best sellers'

Banyak sangat manfaat kesihatan yang terkandung dan boleh diperoleh dalam vivix.
Bukan sahaja untuk luaran malah dalaman sehingga sel pun boleh dijaga.
Orang kata lebih baik sihat didalam daripada sihat luaran aje..

Sampai sini sahaja kita cerita tentang manfaat Vivix inshaAllah dalam entri akan datang kita cerita lebih dalam tentang Vivix contohnya apa itu telemore :)

tungguuu......




Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian hubungi saya 

PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA

COD AREA BEAUFORT, SABAH

DYNAS 

011-266 93906

Shaklee Top 10 Best Sellers

SHAKLEE TOP 10 BEST SELLERS



Top 10 Best sellers Shaklee


Shaklee terkenal dengan bermacam- macam suplemen untuk kesihatan dari supeleman kepala, amata, tulang , hati dan banyak lagi tetapi dalam banyak-banyak tu ada 10 'killing product' Shaklee yang HANGAT di pasaran.




Top 10 best sellers

Mari kita tengok apa suplemen yang paling laris didalam Shaklee..

jeng jeng jeng...


  • No. 10 : Lecithin : Lecithin ini berfungsi memecahkan lemak didalam badan dan ditukarkan menjadi tenaga serta Kolina yang terdapat didalamnya juga sangat bagus untuk kesihatan dan kecergasan otak. Selalu ia di ambil didalam SET KURUS.


  • No. 9 : Collagen Powder Shaklee berfungsi dalam membekalkan kolagen yang kurang didalam badan akibat faktor usia dan membantu dalam pembentukan tubuh badan. 


  • No. 8 : Vitalea iaitu dikenali sebagai Multivitamin dan ia juga multivitamin pertama di dunia. Ia berfungsi  membekalkan nutrien yang cukup pada tubuh badan kerana lengkap dengan Vitamin dan mineral


  • No. 7: Vitamin E ia sangat tinggi dengan anti oksida dan sangat baik untuk kesihatan jantung.


  • No. 6: Alfalfa complex berfungsi sebagai anti radang, milkbooster, membuang toksin dan detoks.


  • No. 5 : Osteomatrix atau dikenali sebagai kalsium shaklee. Ia membantu dalam memelihara kesihatan tulang kita.


  • No. 4 : Sustained Release Vitamin C plus 500 mg ia dikenali dalam meningkatkan imuniti badan tetapi bukan itu sahaja bezanya Vitamin C shaklee juga mengandungi kolagen yang membantu dalam masalah penampilan seperti berjerawat, wajah kusam dan berjeragat.


  • No. 3 : Omega Guard atau minyak ikan ini sangat baik dalam masalah kolesterol yang mana ia mampu memecahkan kolesterol yang telah mendap dan degil.


  • No. 2 : ESP Soy protein ia dibuat daripada kacang soya yang NON GMO (Non genetic modified) ia dijaga dengan baik tanpa suntikan atau baja yang berlebihan sehingga mempercepatkan tumbesaran. Ia berfungsi dalam mencantikkan kulit, milkbooster, kesihatan dalaman , elak gastrik dan banyak lagi.


  • No. 1 : Menduduki tempat pertama sudah semestinya VIVIX.. Vivix mengandungi ramuan yang berkualiti dan berkesan. Ia sangat sesuai untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh. 

.

Ok sekarang sudah tahukan apa Top 10 Best sellers Shaklee atau 'Killing product'

Next Entry saya akan ceritakan tentang setiap satu produk ini.. Stay tune ya..




Dynas 

Pengedar Shaklee Malaysia

011 266 93906



Mealshake Shaklee

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi akademik malah dari segi kesihatan juga ibu bapa mahukan anak mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas. Tiada ibu bapa yang inginkan anak mereka sakit bairpun hanya selesema atau demam ibu bapa pasti akan merasa susah hati dan pasti memikirkan cara untuk menyembuhkan anak mereka suapaya kembali sihat dan ceria.


MEALSHAKE


Mealshake Shaklee



Mealshake ini adalah makanan tambahan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ia menyedaiakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisisnya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Diperbuat daripada bahan semulajadi : buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu), dan banyak lagi.


Manfaat Mealshake


  1. Nutrisi lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu serta lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.Kekurangan zat boleh mengurangkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan.
  2. Membekalkan nutrien kepada sel tubuh - Melalshake mengandungi protin yang tinggi tetapi tidak mengandungi laktosa . Protin ini membantu dalam pembinaan sel-sel kulit, rambut, organ, darah imun dan lain-lain pada kanak-kanak.
  3. Membantu tumbesaran-  Mealshake mengandungi asid folik,biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
  4. Meningkatkan ketahanan badan - Mengandungi Vitamin ACE, Selenium dan zink yang tinggi oksida untuk melawan jangkitan.
  5. Membekalkan darah yang cukup- Mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat.
  6. Detoksifikasi - Mampu mengelak masalah sembelit kerana kaya dengan serat larut.

Testimoni Mealshake

 "Anak picky eater tetapi sekarang selera makan meningkat"

Mealshake Shake


Mealshake adalah makanan tambahan yang terbaik dan sesuai untuk anak anda kerana ia mempunyai nutrien yang lengkap untuk anak-anak seharian.


Hubungi saya 

Dynas

011- 266 93906

Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Masalah Kulit Berminyak

Semua orang menginginkan kulit wajah yang cantik, halus dan tidak berminyak. Tetapi tidak semua mampu memiliki wajah sebegini.

Kulit menghasilkan minyak yang mana berfungsi sebagai pelindung kulit dari pencemaran dari luar seperti debu yang akan masuk ke pori-pori kulit. 

Minyak pada kulit pula adalah cairan yang akan menjaga keremajaan kulit supaya sentiasa kenyal.

Tetapi , apabila penghasilan minyak yang berlebihan menjadi suatu masalah yang mana seseorang akan kelihatan kusam dan mudah berjerawat sehingga menurunkan tahap keyakinan diri.


''Arggghhh..  kulit berminyak lagi''


CARA MENGHILANGKAN KULIT YANG BERMINYAK

1. Mencuci muka :
  •  Cuci muka setiap kali selepas bangun tidur, sebelum tidur atau selepas terdedah dengan pencemaran luar.


2. Cuci muka dengan air bersuhu bilik :
  • Elak mencuci menggunakan air panas kerana ia akan merosakkan kulit dan minyak semulajadi yang ada pada muka.


3. Minum air suam 
  •  Minum air 2 liter sehari untuk membantu menyeimbangkan minyak di muka.


4. Pemakanan
  •  Jaga pemakanan dengan mengurangkan makanan yang berminyak seperti makanan yang bergoreng.


5. Putih telur
  • Pernahkah dengar penggunaan putih telur untuk kulit berminyak?? caranya pecahkan telur, asingkan putih dan kuning telur. Gaul putih telur sehingga berbuih. Sapu rata ke muka dan biarkan kering. Kemudian, bersihkan dengan air suam.

6. Timun
  • Selalu orang buat timun sebagai masker sebelum tidur. Caranya cuci timun sehingga bersih, hiris halus dan letakkan ke muka. Bangun pagi bersihkan muka dengan pencuci muka dan air suam.


7. Pencuci muka yang betul
  • Pastikan anda memilih pencuci muka yang lembut untuk masalah kulit berminyak ini.



"GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER NUTRIWHITE"


Gentle deep foaming cleanser Nutriwhite

Pencuci muka yang lembut dan organik tanpa bahan kimia atau paraben yang mana ia dihasilkan daripada 16 jenis bahan botanikal terdiri daripada buah-buahan beri, Alga hijau, rumpai laut, kacang soya, aloe vera, marshmallow, Rosemary, peony, Mountain Arnica dan kudzu.


Keistimewaan bahan didalam pencuci muka ini adalah : 


1. Rumpai laut membantu menghilangkan kotoran dan membuang sel-sel mati serta menegangkan kulit.

2. Alga hijau menyahtoksinkan dan melembapkan kulit.

3. Strawberi Bengonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.

4. Buah-buahan beri memutihkan kulit.



Mari kita lihat testimoni pengguna "GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER NUTRIWHITE"

Pencuci muka organik

" Pencuci muka Nutriwhite memang best sangat. Bila cuci muka rasa lembut dan tak pedih plus rasa bersih sangat. Jerawat memang susah nak tumbuh. Pori-pori pun makin mengecil.
Kulit pun makin cerah dan kurang berminyak. Sebelum ini kulit kusam ja. Rasa ringan  ja muka.
Pakai sikit pun buihnya banyak. Saya pakai dekat setahun dah satu tiub ni memang jimat. Berbaloi dengan harga. Mana yang belum cuba memang kena cuba pencuci muka yang sangat lembut ni."

Gentle deep Foaming Cleanser


"Tapi kak syes, saya suke sangat pakai nutriwhite ni. Sume sy suke. Cleanser die, ya Allah lembutnyee muke lpas pakai tu. Pastu muka xde rase tegang pun. Toner tu pulak, memang lembap gile muke rase lpas tu. Dlu ada satu jenis toner, pedih gile. Lepas tu dah serik. Tapi Shaklee punya siyes saya suke sangat! Krim die pun, langsung x melekit kak. Td kawan saya tegur muke saya kenape putih sangat hari ni. Hah terkejut saya kak"


Bagi yang masih tercari-cari pencuci muka yang sesuai terutama untuk kulit berminyak dan berjerawat saya cadangkan anda mencuba Pencuci muka organik " Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite".

Anda pasti teruja 😃


Hubungi saya: 


dynas


Pengedar Shaklee seluruh Malaysia


Klik link untuk pertanyaan & pembelian 



Facebook : https://www.facebook.com/dynasmummy


Diabetes



Diabetes adalah salah satu penyakit yang melibatkan gangguan metabolisma didalam badan dan salah satu penyakit yang sekarang ini menular. Kajian menunjukkan jika salah seorang pasangan mempunyai diabetes maka pasanganya juga pasti akan menghidap diabetes. Penyakit ini menular kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit ini juga sangat berbahaya kerana boleh membawa banyak kesan kepada penghidapnya dan boleh mendapat penyakit lain akibat daripada diabetes. 

Apa itu Diabetes??

Diabetes

Satu keadaan dimana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang.Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan,diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.

Jenis-jenis diabetes
Jenis 1 :
√ Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.
√ Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan & senaman.

Jenis ll
√ Selalu berlaku dikalangan orang dewasa berusia 40tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
√ Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan , senaman & ubat.
√ Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Jenis lll
√ Keadaan ini adalah sementara
√ Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.

Faktor Risiko

Diabetes


  •  Sejarah keluarga yang menghidap diabetes
- Terjadi jika salah seirang daripada ibu bapa atau adik beradik menghidap diabetes,kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.

  •  Berat badan yang berlebihan
- Berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obesiti

  • Tidak aktif secara fizikal
- mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko tinggi mendapat diabetes.

  •  Mengamalkan pemakanan tidak sihat
- mengambil makanan yang tinggi lemak&gula serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes.

makanan tidak sihat


  •  Umur
- Semakin meningkat umur semakin tinggi risiko mendapat penyakit Diabetes.

  • Stress
- Stress juga adalah salah satu faktor risiko yang mampu mengundang penyakit diabetes.


Tanda-tanda Diabetes

Tadnda-tanda diabetes

√ sentiasa merasa dahaga
√ kerap membuang air kecil
√ merasa letih & lesu
√ susut berat badan walaupun berselera makan
√ luka dan kudis yang lambat sembuh
√ gatal-gatal terutama dibahagian kemaluan

Risiko penyakit Diabetes

1.  Penyakit tekanan darah tinggi
  • Gula yang tinggi didalam darah akan mendap didalam salur darah dan akan menyempitkan salur darah menyebabkan darah yang akan melintasi salur darah tersebut akan memaksa darah untuk melintasi salur darah dan menyebabkan tekanan di sana dan berlakulah tekanan darah tinggi.


2. Penyakit Jantung
  • Pembuluh darah akan rosak akibat gula yang tinggi meyebabkan penyakit jantung.

3. Retinopati
  • Ia berlaku apabila terlalu tinggi paras gula pada pembuluh darah mata. Mata akan kelihatan kabur dan jika semakin teruk seseorang akan menjadi buta.
4. Luka lambat sembuh
  • Pesakit akan mengalami luka lambat sembuh akibat gula yang terlalu tinggi dalam darah. Jika luka lambat sembuh dan mengalami jangkitan maka, amputasi terpaksa dilakukan untuk mengelak luka semakin membesar.
5. Kegagalan buah pinggang kronik.
  • Mengikut kajian, Diabetes ialah penyebab utama  kegagalan buah pinggang.  


LUKA YANG TERUK

Cara Mengelak Diabetes

1. Pemakanan
  • Kawal pemakanan yang mengandungi tinggi gula, garam dan pastikan mengambil makanan tinggi serat. Makanan fast food, makanan diproses dan minuman bergas juga perlu di elak serta dikurangkan kerana ianya mengandungi tinggi garam dan gula. 
makanan sihat




2. Perbanyakkan aktiviti fizikal 
  • Perbanyakkan aktiviti fizikal sepeprti melakukan aktiviti riadah , ber zumaba, senam robik dan melakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu selama 2o minit atau setiap hari.

senaman


3. Kurangkan berat badan
  • Obesiti membawa risiko pelbagai penyakit seperti jantung , tekanan darah tinggi dan juga diabetes.
obesiti




4. Pemeriksaan kesihatan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Pemeriksaan kesihatan

Oleh itu, jangan mengambil ringan tentang penyakit ini. Cuba hindari penyakit ini dengan mengawal pemakanan dan mengambil pemakanan tinggi serat, kurang gula dan garam. 
Sentiasalah untuk mengaktifkan diri secara fizikal seperti melakukan senaman selalu dan lakukanlah pemeriksaan kesihatan untuk memantau tahap kesihatan kita.

Fardinawati Yusof @ Dynas

Beaufort, Sabah

011- 266 93906