Diabetes adalah salah satu penyakit yang melibatkan gangguan metabolisma didalam badan dan salah satu penyakit yang sekarang ini menular. Kajian menunjukkan jika salah seorang pasangan mempunyai diabetes maka pasanganya juga pasti akan menghidap diabetes. Penyakit ini menular kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit ini juga sangat berbahaya kerana boleh membawa banyak kesan kepada penghidapnya dan boleh mendapat penyakit lain akibat daripada diabetes.
Apa itu Diabetes??
Diabetes |
Satu keadaan dimana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang.Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan,diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Jenis-jenis diabetes
Jenis 1 :
√ Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.
√ Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan & senaman.
√ Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan & senaman.
Jenis ll
√ Selalu berlaku dikalangan orang dewasa berusia 40tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
√ Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan , senaman & ubat.
√ Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
√ Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan , senaman & ubat.
√ Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Jenis lll
√ Keadaan ini adalah sementara
√ Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.
√ Keadaan ini adalah sementara
√ Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.
Faktor Risiko
Diabetes |
- Sejarah keluarga yang menghidap diabetes
- Berat badan yang berlebihan
- Tidak aktif secara fizikal
- Mengamalkan pemakanan tidak sihat
makanan tidak sihat |
- Umur
- Stress
- Stress juga adalah salah satu faktor risiko yang mampu mengundang penyakit diabetes.
Tanda-tanda Diabetes
Tadnda-tanda diabetes |
√ sentiasa merasa dahaga
√ kerap membuang air kecil
√ merasa letih & lesu
√ susut berat badan walaupun berselera makan
√ luka dan kudis yang lambat sembuh
√ gatal-gatal terutama dibahagian kemaluan
√ kerap membuang air kecil
√ merasa letih & lesu
√ susut berat badan walaupun berselera makan
√ luka dan kudis yang lambat sembuh
√ gatal-gatal terutama dibahagian kemaluan
Risiko penyakit Diabetes
1. Penyakit tekanan darah tinggi
- Gula yang tinggi didalam darah akan mendap didalam salur darah dan akan menyempitkan salur darah menyebabkan darah yang akan melintasi salur darah tersebut akan memaksa darah untuk melintasi salur darah dan menyebabkan tekanan di sana dan berlakulah tekanan darah tinggi.
2. Penyakit Jantung
- Pembuluh darah akan rosak akibat gula yang tinggi meyebabkan penyakit jantung.
3. Retinopati
- Ia berlaku apabila terlalu tinggi paras gula pada pembuluh darah mata. Mata akan kelihatan kabur dan jika semakin teruk seseorang akan menjadi buta.
4. Luka lambat sembuh
- Pesakit akan mengalami luka lambat sembuh akibat gula yang terlalu tinggi dalam darah. Jika luka lambat sembuh dan mengalami jangkitan maka, amputasi terpaksa dilakukan untuk mengelak luka semakin membesar.
5. Kegagalan buah pinggang kronik.
- Mengikut kajian, Diabetes ialah penyebab utama kegagalan buah pinggang.
LUKA YANG TERUK |
Cara Mengelak Diabetes
1. Pemakanan
- Kawal pemakanan yang mengandungi tinggi gula, garam dan pastikan mengambil makanan tinggi serat. Makanan fast food, makanan diproses dan minuman bergas juga perlu di elak serta dikurangkan kerana ianya mengandungi tinggi garam dan gula.
makanan sihat |
2. Perbanyakkan aktiviti fizikal
- Perbanyakkan aktiviti fizikal sepeprti melakukan aktiviti riadah , ber zumaba, senam robik dan melakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu selama 2o minit atau setiap hari.
senaman |
3. Kurangkan berat badan
- Obesiti membawa risiko pelbagai penyakit seperti jantung , tekanan darah tinggi dan juga diabetes.
obesiti |
4. Pemeriksaan kesihatan
- Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Pemeriksaan kesihatan |
Oleh itu, jangan mengambil ringan tentang penyakit ini. Cuba hindari penyakit ini dengan mengawal pemakanan dan mengambil pemakanan tinggi serat, kurang gula dan garam.
Sentiasalah untuk mengaktifkan diri secara fizikal seperti melakukan senaman selalu dan lakukanlah pemeriksaan kesihatan untuk memantau tahap kesihatan kita.
Fardinawati Yusof @ Dynas
Beaufort, Sabah
011- 266 93906
Info bermanfaat..
ReplyDeletepenyakit ni makin popular dalam kalangan masyarakat malaysia
ReplyDeletediabetes ni senyap2 ja sampai. kalau ada keturunan bagus cek setiap 6 bulan spy boleh ambil langkah segera
ReplyDeleteNgerinya tengok gambar luka teruk tu. Huhu... insaf kejap.
ReplyDeletekalau diabetes ni.. memang paling bahaya.. macam sakit yg paling sengsara.. luka pun susah mau baik.. urghm..
ReplyDelete