Popular Posts

Rawatan Hemodialisis

Pernahkah anda mendengar tentang rawatan hemodialisis untuk pesakit buah pinggang?? 
Adakah semua penyakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialisis?
Apakah rawatan dan kesan rawatan hemodialisis. Jom baca πŸ‘‡


 APA ITU HEMODIALISIS??

Hemodialisis adalah satu proses pembuangan bahan-bahan kumuh dan penyingkiran cecair yang berlebihan di dalam darah dengan menggunakan bantuan mesin dan dialyzer (Alat pengganti buah pinggang).

Ia juga dipanggil sebagai cuci darah.


                                                   
Rawatan Hemodialisis

INDIKASI HEMODIALISIS


Hemodialisis dilakukan untuk masalah-masalah seperti berikut :

1. Pesakit buah pinggang tahap kronik ( Chronic kidney disease) : Kerosakan buah pinggang atau kadar bacaan Glomerular filtration rate kurang 60 mls/ min  selama lebih 3 bulan berturut-turut.

2. Hiperkalaemia atau potasium tinggi di dalam darah : Kepekatan potasium, lebih daripada paras mormal 3.5 - 5.5 mmol/L dan memerlukan hemodialisis untuk menurunkan paras potasium.

3. Keracunan : Terdapat bahan asing yang bersifat toksik masuk ke dalam badan dan memerlukan prosedur hemodialisis untuk menyingkirkannya.

4. Kelebihan cecair : Terdapat kelebihan cecair yang banyak terutama pada paru-paru pesakit yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ubat diuretik tidak dapat menampung untuk membantu dalam pengeluaran cecair maka hemodialisis adalah cara untuk membuang cecair.

5. Uremia : iaitu keadaan dimana urea meningkat dalam darah. Ianya terjadi jika terdapat komplikasi daripada radang pericardium (Pericarditis) , Encelopathy atau masalah dalam salur pencernaan (berlaku pendarahan) 

6. Metabolik Asidosis : Gangguan metabolisma asid yang tinggi dan dengan prosedur hemodialisis boleh meneutralkan pH darah melalui Natrium Bikarbonat.


                                                       
Penyakit buah pinggang kronik



RAWATAN HEMODIALISIS

Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik perlu menjalani rawatan hemodialisis 3 kali seminggu, 4 jam setiap sesi. Rawatan ini akan dijalani pesakit seumur hidup.



KOMPLIKASI RAWATAN HEMODALISIS JANGKA PANJANG


1. Anaemia (kekurangan sel darah merah ) : Ia terjadi akibat hormon Erythropoeitin tidak mampu meransang penghasilan sel darah merah yang cukup kerana buah pinggang adalah sumber utama Erythropoeitin. Jika sel darah merah terlalu rendah tranfusi darah akan dilakukan.

2. Penyakit tulang : Ia berlaku akibat metabolisma mineral dan tulang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang. Ia boleh dilihat melalui pemeriksaan darah yang menunjukkan keputusan Kalsium, Fosfat,  intact Parathyroid Hormone adalah abnormal.

3. Hyperthiroidsm : Iaitu hormon tiroid tinggi didalam badan dan jika ia menjadi semakin teruk pembuangan tiroid akan dilakukan melalui pembedahan.

4. Fraktur dan osteomalacia : Tulang menjadi rapuh dan mudah patah akibat kekurangan kalsium.


                                                           
Tranfusi darah


Di atas adalah sedikit informasi tentang rawatan hemodialisis dan kesan rawatan hemodialisis dalam jangka masa panjang. Rawatan hemodialisis hanya untuk pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik yang mana mereka perlukan rawatan seumur hidup. Ini kerana jika kerosakan buah pinggang mencapai tahap kronik ianya tidak boleh sembuh. Maka, sayangi buah pinggang anda πŸ˜ƒ



                                                                   
SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA


Fardinawati Yusof @ dynas 

Beaufort, Sabah, Malaysia.









8 comments: