Popular Posts

TIPS MEMILIH PRODUK YANG SELAMAT

Zaman sekarang pelbagai  jualan produk dan Suplemen tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Kebanyakkannya adalah terdiri daripada produk kecantikan , kesihatan ,penjagaan rumah dan produk untuk menyembuhkan pelbagai penyakit tidak kira penyakit kronik atau tidak.

Ramai yang mengambil suplemen-suplemen ini kerana tertarik dengan iklan yang menggoda dan menarik perhatian.

Tapi tahukah anda, adakah produk yang anda ambil itu adalah betul dan selamat???


TIPS MEMILIH PRODUK YANG SELAMAT


1. Sijil HALAL daripada JAKIM

  • Untuk memastikan produk itu adalah dari sumber yang halal dan selamat digunakan terutama bagi pengguna beragama islam, anda perlu memastikan terdapat sijil HALAL yang di sahkan oleh JAKIM.

SIJIL HALAL JAKIM




2. Disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Untuk pengetahuan semua, sebelum produk perlu didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bertujuan untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi racun serta bahan-bahan terlarang. Setiap botol atau pek  mempunyai nombor pendaftaran KKM, MAL (contohnya MAL2015646) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya.

Hologram Meditags





3. Label dan kandungan Produk

  • Pastikan produk mengandungi bahan-bahan yang tidak berbahaya seperti mengandungi merkuri,
  • Tidak mengandungi toksin serta mengandungi dadah.Rujuk pada label dibahagian pek atau botol untuk mengandungi kandungan didalam produk tersebut.


KANDUNGAN DALAM PRODUK



4. Kajian ke atas produk

  • Pastikan terdapat kajian yang pernah dilakukan ke atas produk tersebut dan bukti kajian itu bahawa produk itu berkesan dan selamat digunakan. 
  • Ia lebih baik jika kajian dilakukan adalah ke atas manusia bukan haiwan.
  • Kajian yang dilakukan oleh pihak ke 3 selalunya lebih telus dan adil serta tidak berpihak pada mana-mana produk.


5. Reputasi Syarikat

  • Selalunya  Syarikat yang telah lama dan kukuh, lebih menunjukkan produk mereka berkualiti dan mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KKM. 


Oleh itu, sebelum menggunakan apa-apa produk anda perlu mengambil tahu tentang perkara ini untuk memastikan ianya selamat dan berkesan untuk digunakan.



DYNAS

011- 266 93906

6 comments:

  1. Nak beli suplemen memang kena tahu sedikit sebanyak info mengenai produk tu dulu..Tak boleh main pilih je..Tq sis sebab share info ni.

    ReplyDelete
  2. Byk sgt produk dipasaran..tp kita mesti jadi pembeli yg bijak dgn pilih produk yg slmt

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat² berguna tuk pilih produk kesihatan. Alah membeli menang memakai gitu.

    Tq sis dynas atas perkongsian ilmu ni.

    ReplyDelete
  4. Sebelum beli produk kena check list Ne semua dulu, Best info😊

    ReplyDelete
  5. Sebelum beli produk kena check list Ne semua dulu, Best info😊

    ReplyDelete