Popular Posts

Diabetes



Diabetes adalah salah satu penyakit yang melibatkan gangguan metabolisma didalam badan dan salah satu penyakit yang sekarang ini menular. Kajian menunjukkan jika salah seorang pasangan mempunyai diabetes maka pasanganya juga pasti akan menghidap diabetes. Penyakit ini menular kerana faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Penyakit ini juga sangat berbahaya kerana boleh membawa banyak kesan kepada penghidapnya dan boleh mendapat penyakit lain akibat daripada diabetes. 

Apa itu Diabetes??

Diabetes

Satu keadaan dimana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang.Diabetes terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan,diabetes akan menyebabkan komplikasi yang serius.

Jenis-jenis diabetes
Jenis 1 :
√ Biasanya terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.
√ Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin,kawalan pemakanan & senaman.

Jenis ll
√ Selalu berlaku dikalangan orang dewasa berusia 40tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
√ Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan , senaman & ubat.
√ Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
Jenis lll
√ Keadaan ini adalah sementara
√ Berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung.

Faktor Risiko

Diabetes


  •  Sejarah keluarga yang menghidap diabetes
- Terjadi jika salah seirang daripada ibu bapa atau adik beradik menghidap diabetes,kebarangkalian seseorang individu mendapat penyakit itu adalah tinggi.

  •  Berat badan yang berlebihan
- Berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obesiti

  • Tidak aktif secara fizikal
- mereka yang tidak aktif atau kurang bersenam mempunyai risiko tinggi mendapat diabetes.

  •  Mengamalkan pemakanan tidak sihat
- mengambil makanan yang tinggi lemak&gula serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetes.

makanan tidak sihat


  •  Umur
- Semakin meningkat umur semakin tinggi risiko mendapat penyakit Diabetes.

  • Stress
- Stress juga adalah salah satu faktor risiko yang mampu mengundang penyakit diabetes.


Tanda-tanda Diabetes

Tadnda-tanda diabetes

√ sentiasa merasa dahaga
√ kerap membuang air kecil
√ merasa letih & lesu
√ susut berat badan walaupun berselera makan
√ luka dan kudis yang lambat sembuh
√ gatal-gatal terutama dibahagian kemaluan

Risiko penyakit Diabetes

1.  Penyakit tekanan darah tinggi
  • Gula yang tinggi didalam darah akan mendap didalam salur darah dan akan menyempitkan salur darah menyebabkan darah yang akan melintasi salur darah tersebut akan memaksa darah untuk melintasi salur darah dan menyebabkan tekanan di sana dan berlakulah tekanan darah tinggi.


2. Penyakit Jantung
  • Pembuluh darah akan rosak akibat gula yang tinggi meyebabkan penyakit jantung.

3. Retinopati
  • Ia berlaku apabila terlalu tinggi paras gula pada pembuluh darah mata. Mata akan kelihatan kabur dan jika semakin teruk seseorang akan menjadi buta.
4. Luka lambat sembuh
  • Pesakit akan mengalami luka lambat sembuh akibat gula yang terlalu tinggi dalam darah. Jika luka lambat sembuh dan mengalami jangkitan maka, amputasi terpaksa dilakukan untuk mengelak luka semakin membesar.
5. Kegagalan buah pinggang kronik.
  • Mengikut kajian, Diabetes ialah penyebab utama  kegagalan buah pinggang.  


LUKA YANG TERUK

Cara Mengelak Diabetes

1. Pemakanan
  • Kawal pemakanan yang mengandungi tinggi gula, garam dan pastikan mengambil makanan tinggi serat. Makanan fast food, makanan diproses dan minuman bergas juga perlu di elak serta dikurangkan kerana ianya mengandungi tinggi garam dan gula. 
makanan sihat




2. Perbanyakkan aktiviti fizikal 
  • Perbanyakkan aktiviti fizikal sepeprti melakukan aktiviti riadah , ber zumaba, senam robik dan melakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu selama 2o minit atau setiap hari.

senaman


3. Kurangkan berat badan
  • Obesiti membawa risiko pelbagai penyakit seperti jantung , tekanan darah tinggi dan juga diabetes.
obesiti




4. Pemeriksaan kesihatan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan sekurang-kurangnya setiap 3 bulan untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Pemeriksaan kesihatan

Oleh itu, jangan mengambil ringan tentang penyakit ini. Cuba hindari penyakit ini dengan mengawal pemakanan dan mengambil pemakanan tinggi serat, kurang gula dan garam. 
Sentiasalah untuk mengaktifkan diri secara fizikal seperti melakukan senaman selalu dan lakukanlah pemeriksaan kesihatan untuk memantau tahap kesihatan kita.

Fardinawati Yusof @ Dynas

Beaufort, Sabah

011- 266 93906

5 comments:

  1. penyakit ni makin popular dalam kalangan masyarakat malaysia

    ReplyDelete
  2. diabetes ni senyap2 ja sampai. kalau ada keturunan bagus cek setiap 6 bulan spy boleh ambil langkah segera

    ReplyDelete
  3. Ngerinya tengok gambar luka teruk tu. Huhu... insaf kejap.

    ReplyDelete
  4. kalau diabetes ni.. memang paling bahaya.. macam sakit yg paling sengsara.. luka pun susah mau baik.. urghm..

    ReplyDelete